Jalur Gemilang
Berita :
Terengganu, ECERDC Jalin Kerjasama Strategik Perkukuh Keterjaminan Makanan Negeri
Terengganu, ECERDC Jalin Kerjasama Strategik Perkukuh Keterjaminan Makanan Negeri
Hidayah Azlin
36 minit yang lepas
25

KUALA TERENGGANU , 14 September — Kerajaan Negeri Terengganu sedia memperkasakan agenda keterjaminan makanan dan sektor pertanian negeri menerusi kerjasama strategik bersama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, langkah itu bakal merangka pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi demi kesejahteraan dan manfaat rakyat.

Beliau menyatakan perkara demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Encik Syamsul Fariz Nadzeri di Wisma Darul Iman, semalam.

"Pihak Kerajaan Negeri berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada kepimpinan ECERDC.

"Fokus utama kita adalah untuk membentuk kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan ECERDC bagi merangka pelbagai projek pembangunan, khususnya merancakkan lagi sektor pertanian serta memastikan keterjaminan makanan negeri terus terjamin," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Azman menegaskan sektor pertanian dan keterjaminan makanan sentiasa menjadi agenda keutamaan Kerajaan Negeri dalam memastikan bekalan makanan bukan sahaja mencukupi, malah mampu menjana ekonomi penduduk tempatan secara berterusan.

Kerjasama bersama ECERDC ini dijangka bakal membuka lebih banyak peluang pembangunan infrastruktur pertanian moden, pemerkasaan modal insan serta penyertaan komuniti dalam industri berasaskan asas tani di Terengganu.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan