• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Terengganu FC 2 Hanya Ambil Tiga Import

KUALA TERENGGANU, 2 Disember - Terengganu Football Club II (TFC II) bakal mendapatkan hanya tiga pemain import bagi saingan 2021 berbanding empat pemain pada musim ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim memaklumkan, keputusan itu selaras dengan tujuan Terengganu FC II diwujudkan iaitu sebagai pasukan pembangunan kepada skuad elit Terengganu FC.

"Kenapa kita kurangkan pemain import? Ini kerana kita mahu optimumkan pemain-pemain tempatan sesuai dengan skuad pembangunan yang dibina.

"Pemain import yang diambil pula lebih bertindak sebagai sokongan kepada Terengganu FC serta  pembimbing kepada pemain-pemain muda dalam pasukan," katanya kepada pemberita selepas Dialog hala Tuju Bola Sepak Terengganu di Hotel Permai, semalam.

Jelasnya, kehadiran beliau sebagai wakil PBSNT sebagai memberi sokongan kepada peminat Skuad Penyu tersebut sebagai menghargai jasa mereka.

"Alhamdulillah program ini berjalan lancar. Sebahagian cadangan yang diberikan akan dijadikan sebagai satu perkara serius untuk dilihat ke depan. Manakala, teguran dan kritikan yang diterima, kami akan muhasabah.

"Harapan saya, kita sama-sama sokong pasukan kita dengan lebih berkualiti dan jangan fokus mencari salah sesiapa. Kita perlu saling memperkuatkan dan kalau kita bersatu insya-Allah kita akan lebih kuat," katanya.

 

 

 


Tag: