• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Terengganu FC Perkemas Rentak Empat Aksi Persahabatan

KUALA TERENGGANU, 13 Julai - Kemampuan pemain Terengganu FC (TFC) akan diuji menerusi empat perlawanan pemanas badan sebelum mengharungi Liga Super yang bakal bersambung 24 Julai ini.

Pengurusnya, Zul Fadli Rozi berkata, perlawanan persahabatan pertama antara TFC dan Pulau Pinang FC telah berlangsung malam kelmarin, manakala perlawanan kedua dan ketiga menentang pasukan PDRM FC dijadualkan pada 14 dan 15 Julai, disusuli Kelantan United pada 18 Julai.

“Untuk perlawanan persahabatan kita akan libatkan semua pemain, bukan tertumpu pada 'first eleven' sahaja.

“Sebabnya kita mahu pastikan semua pemain dalam skuad TFC bersedia sepenuhnya, memandangkan jadual perlawanan liga yang padat bulan depan,” katanya kepada pemberita, semalam.

Tambah Zul Fadli, skuad Penyu sudah siap sepenuhnya menghadapi baki sembilan perlawanan, dengan pertemuan pertama melibatkan pasukan Perak pada 24 Julai di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.

-- SINAR HARIAN


Tag: