• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Terengganu Hidupkan Sambutan Nuzul Al-Quran

KUALA NERUS, 9 April - Sempena Sambutan Nuzul al-Quran kali ini, Masjid Kampung Tok Jembal dipilih sebagai lokasi memperingati peristiwa agung penuh bagi peringkat negeri.

Majlis yang diadakan semalam itu telah diimarahkan oleh rakyat negeri ini khususnya penduduk setempat dengan perasmiannya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat.

Pada mulanya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah memulakan program dengan kata-kata aluan.

Setelah itu,orang ramai yang hadir dapat berbuka puasa bersama dengan dua ahli Meyuarat Kerajaan Negeri itu serta mendidikan solat maghrib berjemaah secara bersama-sama.

Bertepatan dengan sambutan Nuzul al-Quran yang merakamkan peristiwa permulaan Al-Quran diwahyukan kepada Rasulullah SAW, majlis diteruskan dengan sesi tadabbur al-Quran.

Sesi itu dimulakan dengan bacaan al-Quran yang disampaikan oleh Mudir Madrasah Seberang Tuan Chik, Ustaz Mohd Farizul Abu Khari kemudian tadabbur disampaikan Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abiding (UniSZA), Ustaz Ahmad Fauzi Hassan.

Kemuncak acara pada malam tadi disusuli dengan solat Isyak berjemaah dan solat tarawih serta majlis jamuan 'moreh'.


Tag: