• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Inc Peruntuk RM70,000 Bagi Program CSR Sepanjang Ramadan

KUALA TERENGGANU, 4 April  – Terengganu Inc salah satu anak syarikat kerajaan negeri  memperuntukkan hampir RM70,000 bagi program tanggungjawab sosial korporatnya sepanjang bulan Ramadan ini.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, ia adalah antara usaha syarikat mendekati masyarakat pelbagai peringkat khususnya mereka yang memerlukan.

“Ia meliputi pengagihan bubur lambuk, CSR 'jejak ramadhan' iaitu pengagihan sumbangan dan bakul makanan kepada keluarga asnaf dan majlis iftar meraikan keluarga kurang berkemampuan dan lain-lain sumbangan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengagihan bubur lambuk dihadapan Masjid Abidin di sini semalam.

Burhanuddin Hilmi berkata pihaknya percaya program CSR dilaksana TI mampu memberi manfaat kepada masyarakat di negeri ini.