• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Terengganu Inc Santuni Golongan  Asnaf Sempena Jejak Ramadan

HULU TERENGGANU, 28 April - Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) menerusi inisiatif Jejak Ramadan terus menyantuni golongan asnaf dan B40 di sekitar Ajil dan Kuala Terengganu.

Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun berkata, program ini merupakan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi meringankan beban mereka sempena perayaan Aidilfitri akan datang.

"50 keluarga asnaf yang terjejas teruk akibat bencana banjir serta golongan keluarga B40 yang mempunyai anak 'Cerebral Palsy' (terlantar) telah terpilih untuk program kali ini.

"Kita telah mengagihkan pemberian wang tunai, bakul makanan serta wang zakat yang merupakan hasil kutipan sumbangan daripada kakitangan Terengganu Inc sendiri," katanya semasa program Jejak Ramadhan dijalankan di Kampung Kua, Ajil.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata pihaknya amat berterima kasih atas keprihatinan TI terhadap golongan asnaf terutamanya yang kehilangan harta benda akibat banjir akhir Februari lalu.