• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Terengganu Isytihar Cuti Pada 20 November

KUALA TERENGGANU, 16 November - Kerajaan Terengganu mengumumkan Hari Kelepasan Am pada Ahad, 20 November bagi memberi kemudahan dan peluang kepada perantau yang pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada 19 November sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada media sebentar tadi.

"Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa tarikh 18 dan 19 November 2022 (Jumaat dan Sabtu) sebagai Hari Kelepasan Am seluruh Malaysia.

“Cuti umum yang jatuh pada Jumaat itu akan digantikan pada hari bekerja berikutnya iaitu Ahad, 20 November depan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika Program Town Hall Mahasiswa Terengganu 2022 bertempat di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Tambah Ahmad Samsuri, beliau berharap agar pengundi dapat membuat perancangan lebih awal dan dengan baik bagi melancarkan segala urusan.

 

 

 


Tag: