• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Terengganu Isytihar Cuti Peristiwa 5 Mei Sempena Aidilfitri

KUALA TERENGGANU, 27 April - Kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan Khamis depan, 5 Mei sebagai hari kelepasan am atau cuti peristiwa bagi Terengganu.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, cuti itu diberikan bagi memberi kemudahan kepada penduduk negeri ini untuk menyambut perayaan dengan lebih selesa.

"Harapan kerajaan ialah dengan pengisytiharan ini, kakitangan kerajaan Terengganu dapat beraya dengan lebih selesa bersama sanak saudara masing-masing selepas dua tahun menyambut dengan keterbatasan.

"Walau bagaimanapun kelepasan am ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 2 Mei 2022, Isnin," katanya ketika dihubungi UPDI hari ini.

Kata beliau lagi, cuti bagi perkhidmatan swasta adalah bergantung kepada syarikat-syarikat berkenaan.

Aidilfitri dijangka disambut Selasa, 3 Mei, manakala Jumaat dan Sabtu merupakan cuti hujung minggu di Terengganu.


Tag: