• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Terengganu Jangka Terima Wang Royalti RM700 Juta Mac Depan



KUALA TERENGGANU, 16 Januari- Terengganu dijangka memperoleh bayaran wang tunai petroleum sekurang-kurangnya  RM700 juta  pada bulan Mac depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bayaran itu adalah perolehan pertama bagi tahun ini.  

Katanya,  bayaran wang royalti minyak dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September, ia dibayar separuh-separuh.

“Apa yang akan diterima itu nanti  adalah kiraan kasar sebelum pemotongan hutang sebanyak 25 peratus.

"Oleh itu kita jangka bulan Mac nanti tanpa pemotongan kita dapat dalam RM700 juta," katanya.

Beliau berkata demikian  ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.


Tag: