• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Terengganu Kekal Juara Judo Lima Kali Berturut-Turut



Terengganu mencatat sejarah apabila pasukan judo negeri berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali kelima berturut-turut pada Kejohanan Judo Kebangsaan kali ke-55, di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Gong Badak, Kuala Nerus.


Dalam kejohanan yang berlangsung dua hari berakhir semalam, pasukan itu berjaya memungut lapan emas, lima perak dan enam gangsa sekali gus mengenepikan 11 pasukan lain yang turut mengambil bahagian, termasuk pasukan Judo Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (TMI) Johor yang berada di tempat kedua dengan lima emas, lima perak dan lapan gangsa.

Tempat ketiga menjadi milik pasukan Judo Perak dengan satu emas, satu perak dan dua gangsa.


Malah, kemenangan pasukan Judo Terengganu turut diceriakan apabila atlet wanita kategori 63 kilogram (kg) Nik Norlydiawati Nik Azman dipilih sebagai peserta wanita terbaik keseluruhan.

Manakala, peserta lelaki kategori bawah 66 kg dari TMI, Muhamad Haikal Iskandar Halidon dinobatkan sebagai peserta lelaki terbaik keseluruhan.



Hadiah disampaikan Timbalan Pengarah MSNT, Mohd Sabri Abas yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman

Tag: