• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Terengganu Kembali Berisiko Banjir

KUALA TERENGGANU, 14 Disember – Terengganu berkemungkinan menghadapi banjir sekali lagi hari ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telahpun mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir di beberapa daerah di Terengganu termasuk Pahang dan Johor.

Menurut hantarannya di laman Twitter, di Terengganu, kawasan berisiko terjejas ialah Daerah Besut (Jambatan Keruak, Kampung Bengkok, Kampung Cegar Kubur, Kampung Cawanan serta kawasan sekitarnya).

“Diikuti dengan Daerah Dungun (Kampung Dendang, Kampung Tepus, Kampung Minda, Kampung Surau, Kuala Jengal, Kampung Luit serta kawasan sekitarnya),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, di Pahang melibatkan Daerah Rompin (Kampung Gadak, Jalan Kota Bahagia Melati dan kawasan sekitarnya). 

Bagi negeri Johor pula, kawasan yang dijangka banjir mulai 12 tengah hari ini ialah Daerah Mersing (Kampung Jemari serta kawasan sekitarnya).