• 22 Mei 2024 | 14 Zulkaedah 1445

Terengganu Lancar Tabung Kemanusiaan Tukiye, Sasar Kutipan RM500,000

MARANG, 17 Februari - Pas Terengganu melalui PASReleif melancarkan Tabung Kemanusiaan  Terengganu for Turkiye bermula hari ini dengan sasaran sekurang-kurangnya RM500,000 dari negeri ini. 

Tabung tersebut dilancarkan oleh Presiden Pas merangkap Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di Masjid Tok Guru Rusila, di sini hari ini. 

Abdul Hadi berkata, menjadi kewajipan bagi Muslim membantu sesama umat Islam yang ditimpa musibah dengan sekadar kemampuan. 

“Gazientep satu kota yang mempunyai sejarah tersendiri, di situ beberapa orang Nabi diutuskan namun hanya seorang yang beriman. 

“Di situ juga pernah berlaku perang saudara yang dilagakan oleh musuh Islam. Maka mari kita sama-sama bantu meringankan beban saudara kita di sana (Turkiye dan Syria),” katanya. 
 

Sebagai rekod, lebih 100,000 mangsa gempa bumi mengalami kemalangan jiwa dengan kematian sekitar 76,000 ribu termasuk yang cedera. 

PASReleif Terengganu melancarkan tabung itu melalui lapan kawasan serta kutipan di akaun Bank Islam : Pertubuhan Khidmat Sukarelawan Kuala Terengganu 1301-7018-3058-67.


Tag: