• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Terengganu Lihat Keperluan Bubar DUN - MB

 

 

KUALA TERENGGANU, 2 September - Kerajaan negeri akan melihat keperluan sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Menteri Besar, Dato' Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata bagaimanapun pihaknya akan melihat keperluan sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Katanya, perkara itu akan dipertimbangkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat.

“Kita tidak tentu sama ada bubar atau tidak,  jadi akan tengok keperluan di Terengganu, tidak semestinya ikut (Parlimen) dan tidak semestinya tidak ikut, apa sahaja boleh berlaku,”

"Jika Parlimen bubar, tidak semestinya DUN pun dibubarkan tapi insyaAllah kalau Pilihan Raya Umum (PRU-15) tahun ini kita bersedia untuk menhadapi pilihan raya.

"Kita tengok keadaan bila pilihan raya mengejut tu, sebab macam-macam boleh terjadi, setahun, dua tahun atau tiga tahun lagi ke, kita tengok masa yang sesuai," ujarnya.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) Pembentukan Konsortium antara Ahmad Zaki Sdn Bhd dengan GPQ Sdn Bhd dan MMC Engineering Sdn Bhd dengan P-Excell Management Sdn Bhd Bagi Projek ECRL di Dewan Gamelan 3, Primula Beach Hotel, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Kedah yang tidak berhasrat membubarkan DUN sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada PRU15.

Ahmad Samsuri juga berkata, pihaknya juga sentiasa bersedia sekiranya terdapat kemungkinan PRU-15 berlaku  dalam masa terdekat.


Tag: