• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Perkasa Kaum Lelaki

MARANG, 10 Mei – Pendekatan lelaki qawwam sebagai usaha memperkasa peranan golongan lelaki selaku pemimpin, pelindung serta pembela keluarga dan masyarakat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata seminar ini diadakan bagi memberi tumpuan khusus pembinaan jati diri dan kualiti lelaki qawwam. 

“Istilah qawwam berasal daripada perkataan qaim yang bermaksud bertanggungjawab, mengambil berat, memenuhi keperluan, mengurus, memimpin, mengawal dan membela.

“Di samping, lelaki adalah insan yang diciptakan oleh Allah untuk memenuhi institusi kekeluargaan bagi memastikan keharmonian, kesejahteraan dan hala tuju sebuah keluarga terjamin," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika Seminar Lelaki Qawwan Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Majlis Daerah (MDM) di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Penerangan dan Dakwah Negeri, Mohd Nor Hamzah dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin.

Tambah Dr Samsuri, dalam ayat 34 surah An-Nisa’ ada menyebut ‘ar-rijal qawwamuna alan-nisa’ yang bermaksud lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita.

“Ayat ini menunjukkan bahawa peranan lelaki sebagai pemimpin dan wali kepada ahli keluarga yang berada di bawah nafkah dan tanggungannya ke arah kebaikan dunia dan akhirat,” ujarnya.

Di samping, wanita berkewajiban mentaati dan melaksanakan perintahnya selama itu bukan perintah maksiat.

“Seandainya seorang lelaki tidak memiliki sifat-sifat sebagai pelindung kepada wanita, maka berlakunya kezaliman terhadap isteri dan keluarga.

“Tugas seorang lelaki yang qawwam ialah melindungi keluarga daripada bahaya di dunia dan akhirat serta tidak mengabaikan keluarga.

“Saya mengharapkan agar agenda pembangunan dan pembinaan lelaki qawwam di semua peringkat umur dapat disahut oleh semua pihak yang berkepentingan,” katanya.

 

 

 

 


Tag: