• 09 Okt 2024 | 06 Rabiul Akhir 1446

Terengganu Perkenal Program Suntikan Vaksin Di Rumah

KUALA TERENGGANU, 4 Julai - Terengganu terus mengiatkan usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi kepada seluruh rakyat di negeri ini dengan pelbagai pendekatan termasuk memperkenalkan program vaksin ke rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, Program Vaksin Mobile Warga Kuala Nerus telah dijalankan bagi memudahkan urusan pesakit yang terlantar mendapatkan suntikan vaksin di rumah mereka.

"Program  ini adalah melibatkan kerjasama pelbagai pihak antaranya Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Pejabat Kesihatan dan Pejabat Daerah Kuala Nerus.

"Insya-Allah, program ini akan terus berjalan mengikut jadual yang telah disusun oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Tambah Dr. Alias, program yang dianjurkan ini juga dapat menyumbang kepada peningkatan peratusan kadar vaksinasi di Terengganu khususnya dan negara amnya.

Mungkin imej 2 orang, orang berdiri dan kawasan luar

Sementara itu, beberapa penerima vaksin menyokong usaha yang dilaksanakan ini sekali gus dapat mencegah penularan wabak di Terengganu.

Bagi Esah Mohamad, meskipun berada dalam keadaan kesihatan yang terbatas, dia menyambut baik hasrat kerajaan negeri bagi meningkatkan kadar vaksinasi melalui program yang dianjurkan ini. 

''Tak takut langsung nak cucuk (disuntik), lagipun tahu vaksin ni benda baik untuk mencegah penyakit berjangkit insya-Allah," ujarnya.


Tag: