Royalti Petroleum : Kerajaan Perpaduan Lebih Teruk Daripada Kerajaan PH
KUALA TERENGGANU, 8 Oktober - Kerajaan negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato' Paimuzi Yahya yang meninggal dunia hari ini.
Ucapan berkenaan dizahirkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah ketika dihubungi media sebentar tadi.
"Allahyarham merupakan tokoh yang tidak asing dalam dunia dakwah. Terima kasih tidak terhingga atas jasa dan khidmat yang diberikan kepada negera dan masyarakat selama ini.
"Mewakili kerajaan negeri, saya mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham. Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.
Allahyarham meninggal dunia pada jam 1.00 tengah hari tadi di Hospital Sungai Buloh.
Jenazah akan dibawa ke kediaman beliau di Kuang, Gombak untuk proses pengkebumian.
Semalam, Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim dalam satu kenyataan memberitahu, Paimuzi bebas daripada pandemik COVID-19.
Menurut kenyataan itu, Paimuzi menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 pada Selasa iaitu 6 Oktober lalu di Hospital Sungai Buloh dan keputusan didapati negatif.
"Memandangkan faktor sejarah kesihatan beliau yang kurang memuaskan, maka pihak hospital mencadangkan supaya beliau ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan," menurut kenyataan itu.