• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Terengganu Rekod Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Tertinggi

KUALA TERENGGANU, 11 April - Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt  di Terengganu berada di tahap membimbangkan apabila merekodkan nilai tertinggi di Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, Ro/Rt tertinggi adalah di Terengganu 1.53 dan Putrajaya 1.32

"Manakala, pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 April untuk seluruh Malaysia turun sedikit kepada 1.03.

"Namun, Ro/Rt masih tinggi dan tersasar berbanding sasaran 1.0 hingga 0.8," kata KKM di facebook rasminya hari ini.

Dalam perkembangan sama, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) melaporkan, negeri ini mencatatkan 34 kes positif hari ini menjadikan 153 kes aktif keseluruhan.

"Pecahan kes baharu adalah import C empat kes dan penularan tempatan sebanyak 30 kes.

"Sembilan daripada kontak kes Kluster Kampung Tanjung iaitu enam kes daerah di Kuala Nerus, tiga kes daerah Kuala Terengganu manakala 1 kontak kes tempatan dari Kuala Terengganu.

"Selain 23 kes dari saringan ACD PKPD Kamounh Belaoh (Kluster Belaoh) dan 
saringan individu bergejala 1 kes di Kuala Nerus)," tambah JKNT.


Tag: