• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Rekod Pertambahan Mangsa Ke 11,137

KUALA TERENGGANU, 28 Februari - Terengganu terus merekodkan pertambahan mangsa banjir apabila seramai 11,137 orang melibatkan 3,177 keluarga telah dipindahkan ke 157 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 pagi ini.

Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu telah menunjukkan peningkatan jumlah mangsa berbanding hanya 8,176 orang daripada 2,335 keluarga di 134 PPS pada malam tadi.

Menurut laporan berkenaan juga, hanya daerah Marang tidak menunjukkan sebarang pertambahan mangsa manakala tujuh daerah lain merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir.

Kemaman setakat ini masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila menempatkan 827 keluarga melibatkan 3,026 mangsa di 22 PPS diikuti Hulu Terengganu mencatatkan 2,946 orang daripada 950 keluarga yang telah ditempatkan di 27 PPS.

Manakala di Besut pula 44 PPS yang diaktifkan mencatatkan seramai 2,187 daripada 516 keluarga telah ditempatkan.

Begitu juga di Kuala Nerus, menunjukkan pertambahan kepada 407 mangsa daripada 116 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS.

Di Setiu pula setakat ini 30 PPS dibuka bagi menempatkan 391 keluarga membabitkan 1,277 mangsa.

Seramai 1,236 mangsa yang terjejas di Dungun turut dipindahkan ke 23 PPS manakala di Kuala Terengganu, dua PPS dibuka bagi menempatkan 53 mangsa.

Terdahulu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi menyuarat khas Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat Bil 2/2022 yang bermesyuarat pada petang semalam menjangkakan keadaan cuaca di Semenanjung Malaysia termasuk di dua buah negeri Terengganu dan Kelantan akan bertambah baik mulai hari ini.


Tag: