• 17 Mei 2024 | 9 Zulkaedah 1445

Terengganu Sifar Miskin Tegar

Maisarah Ab Hamid.

Statistik e-Kasih Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu sehingga 30 Jun lalu, merekodkan Terengganu di  tangga terakhir miskin tegar dengan jumlah sifar miskin tegar.

Penolong Pegawai Perangkaan, Maisarah Ab Hamid berkata, kejayaan sifar miskin di negeri itu berikutan kerjasama yang efektif antara jabatan dan pemimpin masyarakat.

"E-Kasih merupakan penyepaduan data untuk mengumpul maklumat golongan berpendapatan rendah.

"Apabila kita dapat maklumat tentang miskin tegar ini, penyelia daerah akan turun secara 'task force' untuk membuat menyelesaikan permasalahan tersebut antaranya dengan bancian semula," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Wakaf Tapai, Marang, semalam.

Beliau hadir membentangkan sistem e-Kasih kepada 250 peserta Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera 2018 yang berlangsung selama tiga  dan berakhir hari ini.

Tag: