• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

Terengganu Tawar Bantuan Banjir Kepada Selangor

KUALA TERENGGANU, 19 Disember - Kerajaan Terengganu menawarkan bantuan banjir kepada Selangor bagi membantu rakyat yang terjejas di sana.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau telah menghubungi dan memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari.

"Saya telah menelefon beliau sebentar tadi dan menawarkan apa jua bentuk bantuan yang Kerajaan Negeri Terengganu boleh berikan bagi menguruskan suasana kritikal yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Selangor.

"Beliau mengucapkan terima kasih dan akan terus berkomunikasi untuk sebarang keperluan," katanya menerusi Facebook rasmi beliau sebentar tadi.

Ahmad Samsuri (paling kiri) menyantuni mangsa banjir.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri mendoakan agar urusan mangsa banjir termasuk di Terengganu dipermudahkan dan kerajaan sudah menggerakkan semua jentera bagi memberi bantuan.


Tag: