lightning-solid
Berita :
Terengganu Terima Kunjungan Duta Besar Norway
Terengganu Terima Kunjungan Duta Besar Norway
Adli Mohamad
20 Mar 23
357

KUALA TERENGGANU, 20 Mac - Kerajaan Negeri Terengganu hari ini menerima kunjungan Duta Besar Norway ke Malaysia, TYT Morten Paulsen.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kedatangan TYT Morten Paulsen bertujuan mewujudkan kerjasama antara dua pihak yang mengembalikan manfaat kepada rakyat.

"Negeri Terengganu ingin mencontohi Norway dalam Pengurusan hasil petroleum dan gas agar lebih terancang.

"Serta mengurangkan kebergantungan syarikat-syarikat berkait Kerajaan (GLC) terhadap Dana daripada Kerajaan pusat semata-mata, " ujarnnya menerusi facebooknya, di sini, hari ini.

"Terima kasih kerana sudi bertandang ke negeri kami, mudah-mudahan Terengganu indah di mata dan hati," ujarnya lagi.


Artikel Berkaitan