• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Tidak Hanya Fokus Pinjaman Tanpa Riba

KUALA TERENGGANU, 14 Disember - Pematuhan syariah di Terengganu tidak hanya terhad kepada pinjaman pelajaran semata-mata.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, kerajaan negeri akan memastikan semua aspek di negeri ini berlandaskan pematuhan syariah.

"Tidak hanya pinjaman pelajaran tanpa riba yang kita wujudkan dibawah Yayasan Terengganu, kita juga akan memastikan semua aspek akan terlibat dalam pematuhan syariah ini termasuk aktiviti sukan di negeri ini.

Tambah Satiful, Terengganu juga akan memastikan semua aktiviti urusniaga melibatkan anak syarikat milik kerajaan negeri mesti patuh syariah.

"Jika anak syarikat ini perlukan pinjaman, mestilah pinjaman yang patuh syariah," katanya dalam Program Ziarah Mahabbah Pendidikan ke Terengganu.

Tuan Guru Syeikh Wan Izzuddin Wan Ibrahim bersama Tuan-tuan guru pondok

Hadir sama dalam program tersebut, guru-guru dari Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah dan Sekolah (Kafa) Integrasi Al-Mujahideen, Selangor seramai 100 orang. 

Peserta Program Ziarah Mahabbah

 


Tag: