• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Terengganu Umum Bonus Raya Penjawat Awam RM700

KUALA NERUS, 4 April- Seramai lebih 12,000 orang penjawat awam di negeri Terengganu bakal menerima bonus Aidilfitri sebanyak RM700.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian bonus raya itu membabitkan peruntukan kira-kira RM9 juta.

Katanya, pembayaran itu akan diberikan pada 17 April nanti.

“Jumlah tersebut juga meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM500," jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Program Prihatin Ramadhan Daerah Kuala Nerus bertempat di Masjid Nur Bakti, Kampung Wakaf Tembesu di sini semalam.

Tambah Ahmad Samsuri, ia adalah penghargaan kepada semua kakitangan kerajaan yang berusaha dan bekerja keras.

"Bagi memastikan kedudukan dan ekonomi negeri dalam keadaan baik," katanya.

Di samping, beliau juga gembira dan berpuas hati atas pelbagai pencapaian yang diraih oleh kerajaan negeri melalui usaha kakitangan kerajaan negeri.

 

 

 


Tag: