• 22 Mei 2024 | 14 Zulkaedah 1445

Terkesan Dengan Ucapan Dr E’krima


Oleh: Sulaiman Hafizi

DUNGUN, 23 Oktober - Imam Besar Masjid Al-Aqsa yang juga bekas Mufti Palestin, Sheikh Dr E‘krimah Sa’eed Sabri memberikan satu semangat supaya umat Islam memberikan perhatian kepada kepentingan perjuangan saudara seagama yang berada di Palestin.


  • Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata  hasil daripada itu, timbul satu semangat baru perjuangan untuk umat Islam memberikan perhatian kepada soal jihad dan  perjuangan.



Katanya, beliau bersyukur selepas daripada tahanan ummah oleh pihak tentera Zionis Israel maka Dr telah dibawa ke negeri Terengganu juga di daerah Dungun.

”Pesanan itu memberi kesan kepada hadirin  dan peserta Pidato Solidariti Ummah Palestin.

“Program itu bukan sahaja mampu memberi  sumbangan kewangan yang diberikan pada malam ini tapi juga satu sumbangan kepada kesinambungan perjuangan yang telah mula meresap masuk ke dalam kefahaman kepada pendengar pada malam ini” ujarnya ketika ditemuramah selesai program.

Turut hadir Adun Paka,Saiful Bahri Mamat dan juga Ahli Parlimen Kuala Nerus,Dr Khairudin bagi menjayakan lagi program yang diadakan ini.

InsyaAllah kita akan panjangkan pada masa akan datang dengan izin Allah bawa kembali Dr dan mudah-mudahan kita dapat memberikan sumbangan lebih banyak dan lebih baik bagi kita bersama dengan rakyat Palestin dalam perjuangan mereka mempertahankan Masjidil Aqsa Dan Palestin.


Tag: