Terminal Bas Sementara Jerteh Beroperasi Minggu Depan

KUALA TERENGGANU, 6 Mac - Terminal Bas Jerteh kini berpindah ke tapak operasi sementara bagi memberi laluan pembinaan terminal bas baharu bermula 18 Februari 2025.

Melalui notis yang dikongsikan di laman rasmi Facebooknya semalam, Majlis Daerah Besut (MDB) memaklumkan stesen bas sementara akan mula beroperasi pada 11 Mac 2025 sebagaimana dua ketetapan berikut.

“Pertama, bas henti-henti dan teksi akan berpindah ke tepi bangunan Jerteh Souq.

“Kedua, bas ekspress dan kaunter tiket akan berpindah ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Jabi,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Tegas MDB, tiada hentian lain yang akan dibenarkan beroperasi selain daripada hentian yang telah disenaraikan di atas.

Dalam pada itu, pihak MDB mengharapkan kerjasama dan perhatian daripada semua pihak serta memohon maaf terhadap sebarang kesulitan berikutan pemindahan itu.


Tag: