• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

TFC III Ke Pentas Final


Oleh:Mohd Zukifli Mat

KUALA TERENGGANU - Sekali lagi pasukan bola sepak Terengganu, TFC III berjaya  menjejaki langkah Terengganu FC IV ke pentas final Piala Presiden 2018 selepas menundukkan JDT III 1-0 pada masa tambahan, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,di sini, malam tadi.

Tempoh 90 minit perlawanan gagal menghasilkan sebarang jaringan sehingga mengheret ke masa tambahan. Gol berjaya diledakkan pada minit terakhir perlawanan melalui tendangan sudut yang disudahkan melalui jaringan Amirul Syazwan.


Perlawanan bersejarah itu turut disaksikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim.

Dalam pada itu, Hishamuddin yang akan berada di Jakarta dan Palembang menghadiri  Asean Games pada 24 Ogos ini, memberitahu akan berusaha pulang lebih awal bagi memberikan sokongan kepada perlawanan akhir Piala Presiden yang dijadualkan pada 29 Ogos di Cheras, Selangor.


TFC III akan bertemu pasukan Kedah dalam perlawanan akhir Piala Presiden 2018.
"Harapan tinggi penyokong bola sepak Terengganu, pasukan yang bertarung dalam Piala Belia dan  Piala Presiden ini akan menjulang kejuaraan pada 26 dan 29 Ogos ini.

"Usah memandang rendah pihak lawan, sentiasa fokus dan mengekalkan semangat berpasukan untuk kejuaraan. Pasukan pemain tidak bersendirian, mereka memiliki penyokong yang setia dan pengurusan yang sentiasa bersama," ujar beliau.


Tag: