• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

KUALA TERENGGANU, 25  Oktober – Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd hari ini mengumumkan tawaran sambungan kontrak buat ketua jurulatih, Nafuzi Zain bagi saingan musim 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata hasil mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) bersetuju melanjutkan kontrak pengendali muda itu.

“Mesyuarat ALP tadi berlangsung sekitar dua jam setengah, membincangkan banyak perkara berkenaan TFC termasuk laporan perkembangan serta perancangan bagi pasukan.

“Perbincangan turut melibatkan pemilihan ketua jurulatih bagi musim akan datang dan kita bersetuju untuk memberikan tawaran sambungan kontrak kepada Nafuzi untuk kekal bersama TFC,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Ke-2 di Kediaman Rasmi Seri Iman, Batu buruk di sini.

Beliau turut berkata, pihak TFC Sdn Bhd berpuas hati dengan pencapaian semasa skuad Terengganu FC hasil sentuhan Nafuzi sejak dilantik sebagai jurulatih.

“Beliau (Nafuzi) diberi tempoh sekitar dua minggu bagi memberi respon terhadap tawaran itu. Kita tawarkan kepadanya, maka kita tunggu jawapan balas nanti.

“Kita ada beberapa pilihan nama jurulatih, tapi keputusan mesyuarat memilih Nafuzi maka pilihan lain kita tolak. Sekiranya diolak maka kita akan membuat pilihan yang lain,” tambahnya.

Terdahulu, Nafuzi menyatakan hasrat untuk mencuba cabaran baru apabila kontraknya bersama pasukan Terengganu FC akan tamat menjelang akhir musim 2022 ini.

Terengganu FC cemerlang apabila menamatkan aksi Liga SUper 2022 di kedudukan kedua sekali gus layak ke Aksi Piala Asia 2023. 


Tag: