• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

TFC Pilih Jurulatih Baru Petang Ini

DUNGUN, 6 Disember- Teka teki mengenai siapakah pengendali Terengganu FC (TFC) bagi musim 2022 bakal terjawab hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pengurusan tertinggi Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd akan mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Lembaga Pengarah petang ini bagi menentukan calon terbaik yang bakal mengisi kekosongan jawatan itu.

“Ahli Lembaga Pengarah TFC yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan bermenyuarat.

“Pelantikan jurulatih baru antara agenda yang akan dibincangkan dan kita akan buat keputusan mengenainya dan beberapa perkara berkaitan pengurusan pasukan dalam menyuarat tersebut, “ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program TDM Prihatin Mesra Komuniti di Dewan Balora, Bandar Al- Muktafi Billah Shah, hari ini.

Dalam laporan media sebelum ini menyatakan, selain jurulatih musim ini, Nafuzi Zain, beberapa nama kini berada dalam radar pengurusan skuad itu untuk memegang jawatan berkenaan termasuk bekas pengendali T-Team, Tomislav Steinbruckner dan Rahmad Darmawan serta pembantu jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Nenad Bacina.


Tag: