• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

KUALA TERENGGANU, 15 Oktober - Terengganu Football Club (TFC) kendalian Nafuzi Zain layak ke peringkat Asia secara merit apabila mencatatkan kemenangan ke atas Kedah FC dengan jaringan 3-1 dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Darul Aman tadi. 

Kemenangan hasil daripada dua jaringan Tchetche Kipre dan Faisal Halim (1) sekali gus melayakkan TFC ke saingan Piala AFC 2023 apabila berada di kedudukan kedua dalam Liga Super 2022. 

Dalam aksi tersebut, Skuad Penyu dilihat berjaya menguasai perlawanan sepenuhnya dengan kekemasan disiplin yang dipamerkan semua pemain. 

Seawal minit ke-4, penyerang sensasi negara, Faisal Halim berjaya mendapatkan jaringan awal hasil umpanan daripada pemain tengah, Petrus Shitembi. 

Penyerang utama TFC, Tchetche Kipre dengan cemerlang meletakkan namanya sebagai penjaring gol pada minit ke-16 apabila menyempurnakan lorongan Manuel Ott serta Faiz Nasir pada minit ke-76.

Walaubagaimanapun, pasukan tuan rumah berjaya mendapatkan satu gol apabila bekas pemain TFC, Derci Marcel berjaya membolosi gawang pelawat.

Kekalahan Sabah FC dan Negeri Sembilan FC terhadap pasukan lawan masing-masing turut mengukuhkan kelayakan TFC ke Asia apabila ketiga-tiga pasukan bersaing bagi layak ke saingan Piala AFC. 


 

 


Tag: