• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

'The Helmis' Pukau Ribuan Pengunjung Madinah Ramadan

KUALA TERENGGANU, 9 April – Gandingan artis adik beradik, Nur Heliza Helmi dan Nur Hazwani Atiqah Helmi berjaya 'memukau' ribuan pengunjung di Program Untukmu Wanita Terindah di Madinah Ramadan semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Negeri, Zuraida Md Noor berkata, himpunan itu kebanyakannya dihadiri oleh kaum wanita yang terdiri dari semua lapisan umur di seluruh Terengganu.

“Program yang bermula pada jam 5.30 petang itu berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dan meriah sepanjang program itu berlangsung.

“Di samping, kemudahan tempat letak kenderaan juga luas bagi memudahkan peserta serta pengunjung datang ke tempat program,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika Himpunan Wanita Muda bersama Heliza Helmi dan Hazwani Helmi bertempat di Dataran Jambatan Angkat.

Turut hadir, Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), Wan Nur Sakinah Din dan Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) HANEES, Asma’ Abdullah.

Tambah Zuraida, kerajaan negeri dalam rangka pembentukan muslimah yang solehah dengan pelancaran Dasar Wanita Terengganu bertemakan 'Wanita Solehah, Peneraju Bersama'.

Tambahnya lagi, tidak terkecuali juga Himpunan Wanita Muda pada petang itu merupakan sebahagian daripada pelan besar pembentukan muslimah solehah.

Beliau berkata, program tersebut berakhir pada jam 6.45 petang dan diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama-sama peserta serta pengunjung yang hadir.

 

 


Tag: