• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

THT Berhempas Pulas Raih Tiga Mata

Aksi pemain THT dan TNB-T di Stadium Hoki Batu Buruk Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU, 5 Februari - Terengganu Hokey Team (THT) memungut tiga mata penuh dengan tiga jaringan berbalas dua, menumpaskan TNB Thunderbolts (TNB-T) dalam Perlawanan  Hoki Liga Premier di Stadium Hoki Batu Burok di sini hari ini. 

TNB-T memulakan aksi memungut jaringan pertama pukulan sudut penalti melalui Muhammad Fahmi Khalid pada minit ke-13 perlawanan. 

Bagaimanapun THT terus mengasak kubu lawan sehingga memperoleh pukulan sudut penyamaan 1-1 pada minit ke-15 melalui pukulan padu pemain import, Jang Jong Hyun.

Pemain THT diasak pemain lawan.
Pada minit ke-24 melalui hantaran tengah Mohd Fitri Saari, THT memperoleh tambahan jaringan 2-1 melalui Faizal Saari melepasi kawalan penjaga gawang TNB-T, Che Shahrul Azmi Che Saupi. 

Kemudian pada minit ke-42 TNB-T menyamakan kedudukan 2-2 apabila pemainnya dijatuhkan dalam kotak penalti. 

Sekali lagi Muhammad Fahmi membuat pukulan penalti 'stroke' melepasi kawalan penjaga gol THT,  Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri.


Akhirnya pada minit ke-55 THT mendapat mata penuh melalui Jang dengan pukulan sudut kencangnya melepasi kawalan penjaga gol lawan. 

Tag: