• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Tiada Hutan Simpan Kekal Terengganu Dijadikan Kawasan Pembalakan – MB

KUALA TERENGGANU, 17 November – Tiada Hutan Simpan Kekal (HSK) di Terengganu yang dijadikan kawasan pembalakan, kata Menteri Besar.

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan perkara itu bagi menjawab soalan yang dibangkitkan ADUN Langkap, Sabri Mohd Noor.

“Tiada kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) yang telah diwartakan dan berfungsi sebagai Hutan Tadahan Air terlibat atau telah dibatalkan bagi tujuan pembalakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam di Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.


Tag: