• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Tiada Kes COVID-19 Di Terengganu Semalam, Tapi...

KUALA TERENGGANU, 18 April - Terengganu merekodkan kosong kes COVID-19 pada semalam, namun penduduk diseru agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi meneruskan trend penurunan tersebut.

Menurut statistik yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri itu kekal dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,879 kes.

Katanya, Terengganu turut kekal mencatatkan kadar kebolehjangkitan, Rt tertinggi di Malaysia dengan 1.49 berbanding 1.30 sebelumnya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus menyarankan supaya semua lapisan masyarakat terus bersatu bagi melawan COVID-19.

"Hargai penat lelah mereka (petugas barisan hadapan) dengan cara kekalkan kepatuhan SOP.

"Ke bazar ramadan tu berhati hati, patuhi peraturan setiap masa. Tangguh dulu berbuka puasa ramai ramai demi kesihatan kita bersama," nasihatnya.