• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

‘Tiada Kompromi Terhadap Aktiviti Tidak Bermoral’

KUALA TERENGGANU, 4 Julai - Pihak berkuasa negeri tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan perbuatan kurang sopan dan tidak bermoral di Terengganu.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap semua pelaku yang terlibat dalam video tular dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang seorang wanita di sebuah kedai makan di Setiu.

Katanya, tindakan boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

"Premis (kedai makan) ini memang dalam pemantauan pihak kami sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian itu tak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan.

"Kita tak akan biarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik, perlakuan tak senonoh dan kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada,” katanya.

Jelasnya, hukuman diambil kerana hanya mencemarkan agama Islam tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 34 saat yang memperlihatkan dua pelanggan tanpa segan silu bergambar dengan pekerja wanita di kedai berkenaan.

Video berkenaan menimbulkan kecaman warganet sambil meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.


Tag: