• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Tidak Sempat Pindah, Rumah Sembah Bumi


Oleh : Ariss Alias

SETIU, 12 November - Satu keluarga di Kampung Desa Jaya, Langkap, di sini hilang tempat tinggal apabila rumah mereka menyembah bumi, kira-kira jam 4 pagi tadi.

Mangsa, Abdul Aziz Mohd Jidin, 43, berkata dia bersama isteri, emak dan lima orang anak berusia setahun hingga 11 tahun sedang nyenyak tidur ketika kejadian.

"Kami semua berada di dalam rumah ketika kejadian. Cuaca juga baik dan kejadian berlaku secara tiba-tiba. Saya memikirkan keadaan ahli keluarga yang terperangkap..Alhamdulillah tidak ada yang tercedera.

"Kami sememangnya dalam perancangan untuk berpindah ke rumah yang sedang diubah suai dekat sini apabila siap, berikutan rumah ini pun makin uzur dan tidak selamat untuk kami anak beranak. Namun tidak menyangka pula kejadian ini berlaku sebelum sempat kami berpindah," katanya.


Turut sama dalam lawatan itu, Pegawai Khas Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap Arif Mazlan, Penolong Pegawai Kemasyarakatan i-MiTS, Ahmad Mohd Nor; Penghulu Mukim Hulu Nerus 1 Marzuki Zahid dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Desa Jaya, Johari Ibrahim.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, Pusat Khidmat DUN Langkap akan berusaha membantu kebajikan mangsa yang hanya bekerja kampung termasuk menyiapkan rumah baru yang sedang dalam pembinaan kira-kira satu kilometer daripada tapak kejadian, supaya mangsa sekeluarga dapat berpindah dan tinggal lebih selesa.

Penyelaras DUN Langkap Jabatan Kebajikan Masyarakat Setiu, Mohd Yuizzuan Yusuf  berkata, bantuan membaiki rumah di bawah pemulihan bencana akan diberikan secara 'one off' ' kepada mangsa.




Tag: