• 09 Okt 2024 | 06 Rabiul Akhir 1446

Tidak Sukar PN Tembusi Kubu Kuat BN Di Telemong

HULU TERENGGANU, 2 Ogos –  Tidak mustahil Perikatan Nasional (PN) boleh menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong  pada pilihan raya negeri (PRN) nanti jika fenomena gelombang hijau atau peningkatan sokongan pengundi terhadap PN berterusan seperti berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon Perikatan Nasional (PN) di Telemong, Zawawi Ismail berkata kejayaan PN menawan 31 daripada 32 DUN di Terengganu disifatkan rakyat dahagakan pemimpin yang membawa politik bersih, stabil dan prihatin.

“Kalau kita lihat keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 baru-baru ini iaitu peringkat  palimen dan kita klasifikasikan dalam kontek DUN.. yang mana PAS/PN memenangi 31 kerusi daripada 32.. satu je kerusi yang PAS/PN kalah iaitu Telemong.

“Untuk PRN DUN, ini adalah cabaran berat bagi saya kerana saya  perlu buktikan bersama kepimpinan penyelaras DUN dengan dibantu oleh kawasan dan negeri serta pusat.. untuk pastikan kita sapu bersih. selaras slogan PAS  32-0... Insya Allah, “ katanya kepada pemberita ketika ditemui.    

Tambahnya, tindakan UMNO bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan juga tidak disenangi ahli-ahli parti berkenaan menyebabkan akan berlakunya undi protes.

Ini kerana, dalam gabungan PH terdapat juga parti DAP di mana bagi konteks negeri Terengganu, pengundi Melayu terlalu sukar untuk bekerjasama dan bersekongkol dengan DAP.

Justeru itu katanya,  gelombang pada hari ini berlaku sebahagian penolakan ke atas UMNO itu sendiri yang tidak dapat menerima perubahan perjuangan.

“Kita juga dapat melihat golongan muda pada hari sudah bosan dengan telatah-telah  UMNO  yang banyak berlaku perkara-perkara  yang tidak sesuai.Rakyat dah jemu dengan yang dilakukan pimpinan parti itu sendiri.. yang mereka rasakan UMNO ini perlu ditolak.. dan hasil itu kita lihat pada PRU ke 15.. gelombang tsunami. dan gelombang muda terutamanya,” ujarnya.