• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Tidak Bubar DUN Selamat Duit Rakyat

KUALA TERENGGANU, 23 Mac- Langkah kerajaan Terengganu untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri sehingga tamat tempohnya adalah tepat bagi 'menyelamatkan' duit rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kebajikan masyarakat perlu dijadikan fokus utama ketika ini berbanding  kepentingan individu-individu tertentu.

"Sekarang adalah masa untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dengan menunaikan janji-janji, kita tidak mahu rakyat terjejas sebagaimana yang berlaku di Melaka dan Johor kerana ratusan juta duit rakyat dihabiskan begitu sahaja sedangkan kerajaan sudah berada dalam keadaan stabil pada ketika ini.

"Tiba-tiba dibubarkan DUN jadi kita tidak mahu rakyat dipergunakan dan diperkotak-katikan oleh ahli-ahli politik untuk mencapai kepentingan peribadi," ujarnya,

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, pada sidang akhbarnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pada semalam.

 


Tag: