• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Tiga Beradik Kembar Berkhatan Serentak


Tiga beradik kembar mendapat perhatian umum apabila mereka menyertai majlis berkhatan beramai-ramai  di Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu, Tok Dor, Besut, hari ini.

Ketiga-tiga mereka, Mohd Zikrulah Shihan, 9, Amirullah dan Nasrullah, dari Kampung Kelubi Putih, Jabi, walaupun masih kecil tetapi sepakat untuk berkhatan lebih awal kerana  seronok melihat rakan lain turut menyertai program berkenaan.

 Kembar tiga itu antara 150 peserta yang menyertai Majlis Berkhatan dan Bertindik anjuran Pejabat Penyelaras DUN Jabi,sempena cuti persekolahan tahun ini.

Majlis itu  dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.

Ketika ditemui, tiga beradik berkenaan melahirkan rasa gembira kerana turut terpilih menyertai majlis berkhatan secara beramai-ramai.

Mohd Zikrulah berkata mereka sepakat untuk menyertai majlis itu kerana seronok melihat rakan-rakan lain yang turut berbuat demikian

Katanya, walaupun sebahagian besar rakan lain ramai yang lebih tua tetapi mereka juga ingin membuktikan tidak takut untuk berkhatan

“Hari ini kami gembira kerana dapat melakukan upacara berkhatan beramai-ramai dan penuh semangat,” Katanya

Ibunya, Rosilawati Abd Rahman. 40, berkata, beliau hanya mengikut kehendak tiga beradik berkenaan yang ingin menyertai majlis berkhatan terbabit.


“Saya amat gembira kerana ia pilihan anak-anak dan  tidak takut untuk menyertai berkhatan,” Katanya.

Tag: