• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Tiga Kes Varian Baharu Beta Dikesan Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 20 Jun - Tiga kes varian baharu varian Beta (B.1.351) COVID-19 dikesan di Terengganu antara 11 Jun hingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut adalah antara 22 kes varian baharu varian membimbangkan (VOC) yang direkodkan  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Katanya, negeri lain yang turut mencatatkan tiga kes itu ialah Selangor dan Sabah tiga kes selain dua kes di Kedah, dan masing-masing satu kes di Perak, Johor, dan Kelantan.

"Lapan kes baharu bagi varian Delta (B.1.617.2) pula dikesan masing-masing dua kes di Johor, Labuan, dan Negeri Sembilan; serta masing-masing satu kes di Perlis dan Pulau Pinang.

"Sehingga 19 Jun 2021, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus COVID-19 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) sebanyak 183 kes, iaitu 167 kes ialah VOC dan 16 kes VOI," katanya hari ini.

Untuk rekod, awal Jun lalu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menamakan varian COVID-19 kepada nama baharu untuk mengelak stigma dan memudahkan perbincangan

Varian United Kingdom kini dikenali sebagai varian Alpha, Afrika Selatan sebagai Beta, Brazil sebagai Gamma dan India sebagai Delta.


Tag: