• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Tiga Lokaliti Di Sura Dikenakan PKPD

KUALA TERENGGANU, 8 Julai - Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di tiga lokaliti di Sura, Dungun, Terengganu, bermula 10 Julai hingga 23 Julai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata lokaliti terbabit adalah Rumah Awam Kos Rendah Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman MAIDAM.

Katanya, hasil pemantauan yang dilakukan oleh KKM mendapati situasi semasa kes telah meningkat dalam tempoh seminggu.

"Setakat ini, sebanyak 28 kes positif direkodkan hasil saringan ke atas 360 penduduk di ketiga-tiga lokaliti tersebut.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Ternikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD," katanya.

Menurutnya, pelaksanaan PKPD ini bertujuan untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya.


Tag: