lightning-solid
Berita :
Tiga Pelancong Maut, Satu Kritikal dalam Tragedi Bot Terbalik
Tiga Pelancong Maut, Satu Kritikal dalam Tragedi Bot Terbalik
Tengku Mohd Anwar Tengku Mohammed
29 Jun 25
96

 

BESUT, 29 Jun -Tiga maut manakala satu kritikal dalam tragedi sebuah bot pelancong terbalik akibat ribut kuat dan kepala angin yang melanda.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu Bakar berkata insiden yang berlaku di hadapan sebuah resort, kira-kira jam 11 malam.

Katanya, berdasarkan maklumat awal bot berkenaan dinaiki 16 orang termasuk seorang pemandu bot.

"Semua mangsa yang lain selamat dan masih berada di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian menunggu bantuan untuk dihantar ke Jeti Kuala Besut,"katanya


Tag :

Semasa

Artikel Berkaitan