KUALA TERENGGANU, 31 Disember – Sebanyak tiga buah rumah di bawah Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) diserahkan kepada penerima sebagai penutup tirai tahun 2025 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, pelaksanaan PPTS yang diperkenalkan oleh Kerajaan Terengganu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan rakyat memiliki kediaman sendiri demi kehidupan yang lebih lengkap dan selesa.
“Usaha menyediakan rumah mampu milik ini bukan sekadar memenuhi keperluan asas, malah menjadi asas penting dalam membina kesejahteraan keluarga dan kestabilan sosial masyarakat,” ujarnya.
“Terima kasih kepada kerajaan negeri dan ADUN Buluh Gading kerana akhirnya saya tidak perlu lagi menyewa rumah,” katanya lagi yang sebelum ini menyewa rumah di Kampung Kebor Tok Bilal.
Sementara itu, Nurhidayu binti Mukhtar, 34 tahun, dari Kampung Banggol Donas turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada YB ADUN Buluh Gading atas usaha merealisasikan impiannya untuk memiliki kediaman sendiri.
Penyerahan tiga buah rumah ini menutup lembaran tahun 2025 dengan penuh makna, selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk terus memperkukuh agenda kebajikan dan kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu.