• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Tiket Bas Ke Terengganu Dapat Permintaan Tinggi

KUALA TERENGGANU, 12 Oktober – Tiket pengangkutan ke pantai timur khususnya Terengganu dilaporkan mendapat permintaan luar jangkaan susulan kebenaran rentas negeri sejak semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sani United Bhd, Md Yusri Che Romli berkata, pusat peranginan di negeri tersebut turut mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai termasuk lokasi lain seperti Langkawi dan negeri utara semenanjung lain.

“Pembelian tiket di Klang Sentral meningkat dan saya percaya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) turut menyaksikan trend sama.

“Permintaan bas ini sudah penuh untuk ke utara dan pantai timur terutama destinasi pusat peranginan.

“Kami menyediakan bas untuk ke stesen bas di Kuala Besut sebelum penumpang bertolak ke Pulau Perhentian dan Kuala Perlis sebelum ke Langkawi,” katanya sepertimana dilaporkan Sinar Harian, pada isnin.

Sementara itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menyifatkan pengumuman kelonggaran tersebut pasti melegakan pemain industri terutamanya sektor pelancongan yang sekian lama menyepi bakal kembali rancak sekali gus menyumbang kepada ekonomi yang lebih baik.

“Susulan itu juga, Terengganu sebagai negeri yang mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati bersedia menerima kedatangan pelawat. Semoga kedatangan anda memberi seri semula kepada sektor pelancongan di negeri Terengganu.

Beliau turut menasihati orang ramai agar mengamalkan mengamalkan TRIIS iaitu Test, Report, Isolate, Inform, Seek sepanjang kelonggaran diberikan.

“Ini adalah tangunggjawab kita bersama dalam usaha membantu negara dengan pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani fasa endemik dengan selamat atau #ReopeningSafely,” katanya menerusi kenyataan media di Facebook rasminya.