• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Timbalan Menteri Nafi Laporan Fitnah Media

KUALA TERENGGANU, 2 Julai - Pengamal media diingatkan agar menyampaikan maklumat kepada masyarakat dengan telus dan berintegriti bagi mengelakkan berlakunya salah faham serta fitnah. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh menzahirkan kekesalan terhadap beberapa akhbar tempatan yang memanipulasi kenyataan beliau berkenaan isu kenaikan harga barangan. 

“Saya rasa sangat pilu apabila ada pemberita yang tak bertanggungjawab dan tak berpegang kepada konsep dosa serta pahala dalam pekerjaan mereka.

“Apa yang saya maklumkan adalah kerajaan memandang serius terhadap kenaikan harga barangan di negara kita dan dunia secara umumnya.

“Maka tindakan pentas yang diambil oleh pihak kerajaan ialah memberikan bantuan khas kepada rakyat B40 sekali gus mampu mengurangkan bebanan kos sara hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, Nik Zawawi menafikan laporan yang dipetik beberapa hari lalu dan berharap para pengamal media lebih cermat dalam menyampaikan maklumat.  

Terdahulu, beberapa akhbar tempatan melaporkan berita yang bersifat tersasar daripada kenyataan asal menyebabkan keresahan rakyat timbul.


Tag: