• 02 Feb 2023 | 11 Rejab 1444

Tindakan Proaktif Sediakan Tapak Tong Sampah

KUALA TERENGGANU, 13 November - Calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah mengambill tindakan proaktif memberikan peruntukan untuk menyediakan tapak pembuangan sampah dalam bentuk konkrit di 15 buah kampung kawasan ini.

Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, beliau mahu mengekalkan imej Kuala Terengganu antara 10 bandar raya paling bersih dengan mengambil kira masalah pengurusan sampah tersebut.

"Sewaktu  menjadi Ahli Parlimen tak salah saya yang sempat saya buat di 15 buah kampung melalui peruntukan di bawah Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

"Kita akan teruskan lagi supaya tapak di mana sampah itu dilonggokkan tong sampah diletakkan lebih kemas," jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata demikian ketika ditemui pihak media pada hari ini.

Menurutnya, isu sampah bukan hanya terjadi di negeri ini tetapi masalah tersebut yang harus ditangani segera.

"Walaupun di negeri lain isu  yang sama tapi kita tak boleh bagi alasan negeri lain buat perkara yang sama.

Sepertimana yang diketahui saya antara yang bising berkaitan dengan masalah pengurusan sampah ini dan hasil daripada teguran yang telah saya buat dan juga rakyat banyak melaksanakan teguran penambahbaikan sedang dilaksanakan dari segi pengurusan sampah oleh pihak bandar raya.

"Dan pihak bandar raya telah beri komitmen untuk 'review' balik kontrak pengurusan sampah ini dan saya rasa ia semakin baik , insya Allah," ujar beliau.

Beliau menambah, pihak bandar raya sedang menyelesaikan isu berkaitan tong sampah, kekerapan mengambil sampah dan pembahagian kerja.
 
"Kita dah capai anugerah itu, kita nak kekal dan  buat lebih baik lagi," tambah Amzad lagi.


Tag: