• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Tindakan Tegas Bendung Pusat Urut 'Maksiat'

Ustaz Saiful Bahri Mamat.
Oleh: Muhd Lukman

DUNGUN - Tindakan tegas dan menyeluruh perlu diambil bagi membendung pusat maksiat di sebalik operasi refleksologi di seluruh daerah negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, gejala ini perlu dibendung bukan sahaja oleh kerajaan negeri tetapi semua pihak.

"Saya berharap pihak yang berkenaan tegas dalam hal ini supaya  masalah sebegini dapat dibendung kerana ianya akan mengakibatkan penyakit-penyakit yang lain dalam masyarakat hari ini.

"Masalah ini juga bertentangan dengan hasrat kerjaaan negeri untuk mewujudkan bukan hanya sebagai negeri maju tetapi berkat dan sejahtera,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berkenaan isu penutupan Pusat Urut Paka, semalam.

Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut mengharapkan agar para pengusaha pusat urut dapat menghormati hasrat kerajaan negeri dalam mengekang gejala negatif ini.

"Kita harap para pengusaha ini dapat menghormati hasrat kerajaan negeri dan memberikan sokongan agar tidak menyumbang ke arah perkembangan budaya negatif dalam kalangan masyarakat hari ini," katanya.

Katanya, kerjasama dan kecaknaan juga diperlukan daripada orang awam dan masyarakat untuk mencegah kemungkaran ini.

"Kita mengharapkan orang ramai dapat memberi maklumat dan laporan segera supaya turut sama memainkan peranan dalam mencegah kemungkaran serta mengajak masyarakat kepada amar ma'ruf.

"Marilah kita sama-sama mendukung hasrat kerajaan untuk mengawal kelahiran anak yang tidak sah taraf dan penyakit sosial yang timbul hasil daripada perbuatan terlarang ini," ujarnya.

Tag: