• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

TMBS Janjikan Pengisian Menarik, Bakal Gegarkan Kuala Nerus

KUALA TERENGGANU, 2 Februari – Karnival Terengganu Maju Berkat Sejatera Dun Bukit Tunggal di sini menjanjikan kelainan dengan pelbagai pengisian menarik ditawarkan. 

Ahli Jawatankuasa Penerangan Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) Dun Bukit Tunggal, Mohd Norizu Ismail@Muda berkata anggaran melebihi 10,000 orang pengunjung bakal memeriahkan karnival tersebut.  

Katanya, karnival TMBS ini bermula pada hari ini iaitu 2 hingga 4 Februari, khamis, jumaat dan sabtu. 

“Turut mencuri perhatian dengan kehadiran artis terkenal tanah air, Ramli Sarip yang akan mengisi slot malam kesenian dan beberapa figura lain juga turut hadir.

“Di samping, turut diserikan dengan pameran daripada agensi kerajaan, berkanun dan swasta kepada pengunjung,” jelasnya.

Beliau berkata demikian Ketika dihubungi oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman pada hari ini.

Tambah Mohd Norizu, pelbagai aktiviti disediakan iaitu pertandingan memasak, kejohanan liga penalti dan pelbagai lagi.

"Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus," katanya.

Sementara itu, beberapa hadiah dan cabutan bertuah menarik seperti dua buah motosikal, Televisyen juga turut disediakan kepada pengunjung yang hadir.

Mohd Norizu berharap, dengan penganjuran karnival TMBS ini membantu peniaga memasarkan produk tempatan selain memberi penerangan tentang pencapaian kerajaan.

 


Tag: