• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Tourism Terengganu Nafi Kutip Deposit Peniaga Karnival Jom Heboh

KUALA TERENGGANU, 4 September -  Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu)  menafikan dakwaan terlibat dengan kutipan deposit peniaga-peniaga bagi program Jom Heboh yang didakwa diadakan pada 17 hingga 21 Ogos lalu sepertimana telah tular di media sosial. 

Pengarah Tourism Terengganu, Fadli Yusof berkata, pihaknya memandang serius mengenai isu kutipan wang deposit ini dan menafikan sekeras-kerasnya tindakan individu tersebut yang dipercayai dilakukan demi kepentingan peribadi.

 “Kami meminta kepada orang awam yang terbaca iklan di mana-mana laman sosial, ditawarkan atau sudah membuat bayaran bagi tujuan itu dinasihatkan agar membuat laporan polis dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, kali terakhir penganjuran Jom Heboh Omnia di Terengganu diadakan pada 7 dan 8 Oktober 2022 di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus. 

Justeru itu, Tourism Terengganu  menasihati semua pihak terutama peniaga untuk sentiasa berwaspada dengan segala modus operandi yang digunakan oleh “scammer” bagi tujuan penipuan dan seterusnya mengelak menjadi mangsa. 

Tambah Fadli, orang ramai boleh mendapatkan perkembangan aktiviti-aktiviti menarik pelancongan negeri Terengganu menerusi laman sosial rasmi di Facebook, Instagram, dan Telegram dengan nama BEAUTIFUL TERENGGANU MALAYSIA, dan ikuti Tiktok kami di @tourismterengganu