• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Masyarakat Tanjung Teruskan Tradisi Edar Makanan Percuma

KUALA TERENGGANU, 24 Mac - Masyarakat Tanjung di daerah ini masih meneruskan tradisi mengedar 200 bungkus makanan iftar percuma kepada orang awam sekali gus memupuk semangat hidup dalam komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata usaha PAS Cawangan Tanjung wajar dipuji kerana mereka mengambil inisiatif mencari dana, bergotong-royong memasak dan mengedarkan juadah berbuka puasa tanpa sebarang upah.

“Kebiasaanya mereka dapat menyiapkan 170 hingga 200 bungkus lauk pauk beserta kuih muih. 

“Kesemua juadah ini diedarkan kepada tiga Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) terdekat iaitu Kolam Nesan 4, Tanjung Pantai dan Paya Bunga,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika melihat persiapan PAS Cawangan Tanjung menyediakan juadah berbuka puasa di Kampung Tanjung di sini petang semalam.

Tambah Ahmad Shah, program tersebut diadakan bagi membantu meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan.

“Di samping, mengajak orang ramai membuat kebaikan yang setiap amalan akan dilipat gandakan pada bulan ini.

"Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan untuk juadah berbuka puasa boleh terus salurkan ke akaun, 563064177285 (MAYBANK) pemilik Pusat Dakwah Al-Huda," ujarnya.


Tag: