• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

TSG Unggul Atasi 43 Pasukan Jelajah Asia

Pelumba TSG berjaya menempatkan diri dalam kedudukan terbaik Tour Of China 2. Foto ihsan - Media TSG

 KUALA TERENGGANU, 24 September – Terengganu Inc. Cycling Team (TSG) kini mendahului senarai 43 pasukan dalam saingan Jelajah Asia apabila mengumpul 1,965 mata mengatasi Team Sapura Cycling (TSC) yang mengumpul 1,956.97 mata di kedudukan kedua.

Dua pasukan dari Malaysia itu bakal berentap bagi memburu kedudukan pertama Jelajah Asia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang berakhir bulan depan.

Ia dilihat persaingan dua penjuru apabila pasukan di kedudukan ketiga, Team Ukyo dari Jepun sudah tidak mampu mencabar apabila sekadar mengumpul 943.17 mata.

TSG pernah muncul juara Jelajah Asia pada 2012 berbanding TSC yang belum pernah memenangi kejuaraan itu sejak ditubuhkan tiga tahun lalu.

Youcef Reguigui menyarung jersi kuning.

Pasukan dari Terengganu itu telah memenangi beberapa pencapaian terbaik seperti kejayaan Mohd Harrif Saleh menjuarai peringkat kedua LTdL, jersi kuning Tour de Siak menerusi Nur Amirul Fakhruddin Mazuki dan Youcef Reguigui yang menyarung jersi pecut dalam Tour of China 2.

Sementara itu, sepanjang musim ini, TSC meraih beberapa pencapaian cemerlang termasuk juara peringkat di perlumbaan berstatus 2HC (hors class) di Le Tour de Langkawi (2 peringkat) dan Tour of Qinghai Lake (1 peringkat).

Selain itu, mereka turut meraih dua jersi kuning menerusi Benjamin Dyball (LTdL) dan Mario Vogt (Tour de Iskandar).



Tag: